Pusat Islam

Pusat Islam

Selasa, 1 Mac 2016

PENGENALAN




Minggu Melawat Masjid (Mosque Tour Week) merupakan kesinambungan program MTW yang dianjurkan oleh Masjid Al-Malik Khalid USM tahun 2015. Program ini diadakan di perkarangan Masjid Malik Al-Khalid USM di mana ia merupakan pusat kegiatan Islam dan tumpuan bagi umat Islam.

Bertepatan dengan konsep kelestarian USM (sustainability-led university) yang menyepadukan tiga tonggak utama pembangunan lestari iaitu masyarakat, ekonomi dan persekitaran, karnival ini akan mengadakan aktiviti berbentuk jualan, pengisian berbentuk ilmiah, aktiviti sukan, serta amalan kelestarian yang telah menjadi gaya hidup warga USM.

Tahun ini, program ini membawa tema “Konseptualisasi Taman Al-Qur’an” dengan mempromosi nilai-nilai universal dalam acuan agama kepada kepelbagaian bangsa. Selain itu, melalui konsep perlancongan Masjid, karnival ini juga bertujuan untuk menarik orang ramai khususnya umat Islam untuk hadir ke masjid. Golongan muda perlu mendekatkan diri kepada masjid bagi menjaga diri mereka dari  melakukan aktiviti yang tidak sihat dan membuang masa. Dengan program-program ilmiah dan bermanfaat yang diadakan sepanjang karnival ini, diharapkan agar golongan ini sentiasa mengimarahkan masjid dan membentuk budaya Islam dalam kampus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan